Saturday 19 November 2011

TIPS RINGKAS SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR


1) Buat ulangkaji setiap hari (sekarang minggu ulangkaji) lebih-lebih lagi untuk subjek teori. Subjek pengiraan pun kena buat latihan setiap hari. Jangan tunggu 'last minute' baru nak baca itu nak baca ini. Pada masa tersebut, anda hanya akan berasa 'Ya Allah, banyak lagi aku tak cover!!!' Semua ini hanya akan menyebabkan 'jiwa anda kacau bilau'.

2) Susun jadual ulangkaji dengan baik. Mula buat ulangkaji dengan 'paper' yang paling akhir dan diikuti dengan 'paper' yang paling awal. Jadi lagi 3-4 hari nak 'exam', anda sudah mula mengadap 'paper' pertama dan pada masa yang sama subjek-subjek lain, anda dah mula buat 'revision'. Lepas 'paper' pertama, tinggal nak 'recall paper' yang seterusnya pula.

3) Tidur awal tetapi dengan niat akan bangun pada waktu sepertiga malam untuk ulangkaji. Kemudian sebelum memulakan sesi ulangkaji, solat Tahajud 2 rakaat dahulu diikuti dengan solat Hajat memohon kepada Allah agar dilapangkan dada supaya bisa menerima ilmu yang dipelajari dan diberi kefahaman yang baik. kalau tak biasa memang susah, tapi kalau boleh atasi rasa malas dan susah tersebut, itu juga satu kejayaan kepada anda dalam perjuanagn melawan nafsu. Amalan yang susah tetapi baik untuk kehidupan kita jika dilakukan setiap hari insyaAllah ada keberkatannya. Belajarlah sehingga waktu Subuh dan tunaikanlah solat Subuh. Ingat! Tak guna anda berjaga sampai lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya tertidur dan terlepas Subuh.

4) Tinggalkanlah aktiviti gosip, sembang-menyembang, menonton movie, window shopping, tidur yang keterlaluan, sering ke kantin dan apa sahaja aktiviti yang dianggap membuang masa kerana  masa anda pada saat-saat akhir ini sangatlah terhad. Berdampinglah dengan buku ke mana sahaja anda pergi. Hormatilah rakan yang hendak 'study' jika anda sudah bosan 'study'.

5) Tips yang ini paling penting. Jaga KESIHATAN diri sendiri. Jangan 'study' sampai lupa nak makan. Lepas tu kena gastrik, warden juga yang susah (bagi mereka yang tinggal di asrama la...heheheh). Kalau diri tidak sihat tatkala tiba hari peperiksaan, sayang seribu kali sayang, fokus anda pasti hilang semasa sedang menjawab peperiksaan. Maka tiada nikmat yang lebih baik yang harus kita syukuri selain daripada nikmat KESIHATAN. Jadi jangan cari penyakit!!!

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua dan semoga beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)


Awas! Meniru dianggap satu kesalahan yang sangat besar dan tidak boleh dimaafkan. Lakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan. Percayalah kepada kemampuan diri sendiri!!!


p/s: kadang - kadang terpikir juga, macam mana boleh juga bawa "toyol"  walaupun FINAL EXAM!. Perh!! berapa hebat kemahiran yang kau ada. Ini kalau baru peperiksaan pun kau tak boleh hadapi, macam mana nak hadapi kehidupan  yang lagi mencabar?, PIKIR-PIKIRLAH!!.  Result bukan yang menentukan segalanya, yang penting usaha kita! . (sekadar untuk renungan bersama)...
SORY LAMBAT BAGI TIPS....HEHEHEH

Sunday 6 November 2011

Aidiladha satu kekurangan seribu kelebihan....


Assalamualaikum semua...hehe da lama x update blog ini....maklum la sibuk dengan final projek yang bnyak....dengan itu pada hari yg mulia ini saya berskesempatan untuk mengupdatekan blog ini..entry untuk kali ini ialah hari raya haji atau aidiladha.....
Definisi
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Satu kekurangan seribu kelebihan...
Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.
Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?
Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.
Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.
KEKURANGAN YANG SATU
Kekurangannya hanya pada yang satu.
Anak-anak tidak pulang ke desa.
Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.
Namun…
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.
Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.
Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.
Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.
Maafkan kami wahai ayah dan bonda.
Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

p/s: kepada yg tidak pulang untuk beraya bersama keluarga jgn sedih2...sesungguh nya itu ada la satu pengorbanan...heheh senyum selalu sesungguhnya senyum itu satu sedekah..(^_^)....

Saturday 22 October 2011

Belakang Cakap Or Cakap Belakang


                           
Pernahkah anda menemui manusia yang jenis ini, terpekik-pekik, terjerit-jerit dari jauh menentang sesuatu perkara atau isu? Mesti pernah kan. Tapi bila diajukan soalan kenapa tidak dibawa kedepan perkara itu kalau benar apa yang dibantah itu ada kebenaran, pasti manusia jenis ini akan membuat seribu dalih.
Kalau tahu tentang sesuatu perkara itu ada salah dan silapnya, kenapa tidak tampil ke depan untuk membetulkan keadaan. Bukannya menyorok tidak berani mendedahkan identiti dan mendiamkan diri.
Contohya di dalam sesebuah organisasi, bila ada sesuatu pembaharuan yang cuba dibuat dalam organisasi, pasti akan ada pihak yang tidak suka pada perubahan. Manusia jenis ini akan sentiasa berfikiran negatif, suka cakap belakang memburuk-burukkan pembaharuan yang dibuat, tapi tidak berani untuk tampil kehadapan untuk menyatakan ketidak puasan hatinya itu.

Bila dalam sesuatu mesyuarat menusia jenis ini akan hanya duduk diam, dan tidak berani untuk bersuara. Kenapa tidak berani untuk bersuara? Kerana takut akan diminta beri penjelasan. Tetapi setelah selesai mesyuarat, manusia jenis ini akan mula pukul canang, itu tak betul ini tak betul, bila dah diberi ruang untuk bersuara tak berani. Cakap belakang berani.
Dalam alam maya ini, ramai manusia jenis ini yang boleh kita jumpa. Terpekik terlolong menyatakan ketidak puasan hati tentang sesuatu perkara, tapi tidak berani dedahkan identiti. Terjerit di dalam ruangan komen blog seseorang atau dalam mana artikel tanpa mendedahkan identiti. Itulah yang di katakan balig batu, sembunyi tangan dan juga cakap belakang, cakap belakang monitor.hehe..
Kalau anda tidak puas hati tentang sesuatu perkara itu, tampilkan diri anda, bukan bersembunyi. Jika anda bersembunyi itu bermakna anda pengecut atau penakut. Kalau perkara yang anda ingin katakan itu benar, munkin penulis blogspot tersebut boleh cuba menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat. Tapi aku rasa orang yang jenis macam ni biasanya bukanlah orang benar2 berilmu atau faham tentang sesuatu perkara. Manusia jenis macam ini cuma pandai cakap je, sebab mereka menyembunyikan identiti kerana takut orang akan bertanya dan dia tidak tahu nak menjawap.
Aku cukup menyampah dengan manusia macam ini. Manusia macam ini kita patut panggil sebagai PENGECUT dan PENAKUT. Pandai cakap belakang je.
p/s: setiap manusia mesti x terlepas nak melakukan kesilapan...:)

Friday 21 October 2011

RAHSIA TERSEMBUNYI YANG AMAT DIGERUNI YAHUDI..

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..


Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia.   Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion"  perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Siapa Gaddafi sebenarnya?

Keburukan demi keburukan ditonjolkan bagi menutup setiap kebaikan yang dilakukannya untuk rakyat Libya. Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal ini. Perkara yang paling digeruni ialah hasratnya memaksa Barat membeli minyak dan berurusan perdagangan dengan matawang baru yang bakal diperkenalkannya iaitu Dinar Emas. Usahanya hampir nerjaya dan diterima oleh sebahagian besar negara Afrika dan sebahagian dari negara Arab. Dinar emas akan menjadi nilai tukaran baru perdagangan menggantikan USD dan Euro.

Dari saat inilah Barat terdesak untuk mempercepatkan usaha membunuh Gaddafi, namun usaha tersebut gagal. Proksinya yang sekian lama tidak sealiran dengan Gaddafi diangkat sebagai pejuang dan dibantu secara rahsia. Perancangan diatur untuk melakukan sabotaj dan menabur peropaganda. Berita sebenar ditutup dari pengetahuan dunia.

Terima kasih diucapkan kepada sdr Zulkifli kerana membongkar rahsia yang terpendam ini untuk dihayati oleh pembaca yang tidak mengetahui atau telah dipesona oleh dusta tajaan Dajjal. Saya petik tulisan Zulkifli Nordin dari blognya.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, adalah satu nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!....

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Thursday 20 October 2011

BOSAN NYA...



muka sapa la nie.....heheh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....entry kali ini ialah BOSAN..
“Bosan la begini, asyik buat benda sama je.”

“Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah.”
Kalimah ‘bosan’ seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah ‘bosan’ itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.
“Bosannya, internet buat hal la pulak. Tak boleh la bace ahmadhasif.com.”
“Bosan la laptop rosak. Tak boleh lar update facebook”
“Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak.”
Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.
Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.
Firman Allah:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” [al-Baqarah : 30]
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]
Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan ‘bosan’ dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..
p/s: kalau da bosan tu..buat la perkara yg boleh menghilangkan bosan....:)

Wednesday 19 October 2011

Test Tamadun ISLAM !!!

Assalamualaikum semua....
mesti semua sibuk dengan membaca TAMADUN ISLAM maklum la esok kan test...ko orang semua baca yang aku nie tgh membaca smbil update blog nie...mesti ko orng semua tgh fokus..kan USTAZ RUSDIN ckap kita mesti fokus iaitu STUDY so mesti ko orng semua nie mesti fokus betul2...ala relaks la jgn risau sngat TAMADUN ISLAM ini senang ja..janji ko orang semua baca...hahaha

Dalam membaca TAMADUN ISLAM ko orng mesti fikir kan final projek yg sedng bermain di fikiran ko orng yg tgh gelisah...hahaha lebih2 subjek kita sayang iaitu subjek JAVA..ala ko orng relaks la terus kan membaca TAMADUN ISLAM...hahaha fokus..mesti fokus...hahahah
ok la semua..nie ja entry untuk kali ini..

p/s:SELAMAT MENJAWAB TEST ESOK DENGAN CEMERLANG..GUD LUCK..(saya pun nak baca nie tamadun nie)

Tuesday 18 October 2011

Java (Introduction to Programing)

Java...sebut ja nama JAVA mcm senang...sekali belajar kepala kita orng semua sakit...nasib baik dalam kelas kita orng ada bernama SYAM atau SABREE..yg 2 orng nie  teror JAVA..da la hari ini lecturer nak tngok labwork..tapi x tau nak buat mcm mna..abis la kita orang..kepada yang sudah siap esok bagi la tiru kepada yg belum siap...heheh da subuh nie..x abis2 dgn blogspot nie..heheh..

sebelum tu nie jawapan java bagi matrix:


class MatrixSum{
  public static void main(String[] args)  {
  int array[][]= {{4,5,6},{6,8,9}};
  int array1[][]= {{5,4,6},{5,6,7}};
  System.out.println("Number of Row= " + array.length);
  System.out.println("Number of Column= " + array[1].length);
  int l= array.length;
  System.out.println("Matrix 1 : ");
  for(int i = 0; i < l; i++) {
  for(int j = 0; j <= l; j++) {
  System.out.print(" "+ array[i][j]);
  }
  System.out.println();
  }
  int m= array1.length;
  System.out.println("Matrix 2 : ");
  for(int i = 0; i < m; i++) {
  for(int j = 0; j <= m; j++) {
  System.out.print(" "+array1[i][j]);
  }
  System.out.println();
  }
  System.out.println("Addition of both matrix : ");
  for(int i = 0; i < m; i++) {
  for(int j = 0; j <= m; j++) {
  System.out.print(" "+(array[i][j]+array1[i][j]));
  }
  System.out.println();
  }
  }
}


p/s: jgn malas2 nk buat kerja..dan jgn suka copy paste....hehehe

Minggu yang Pening dengan PROJEK akhir ! ! !

Dalam x sedar kita telah menghampiri peghujung SEM 3 bnyk PROJEK akhir yng perlu kita selesai sebelum menamatkan SEM 3 nie..PROJEK akhir yang kami orng perlu tempuh ialah PROJEK WEBSITE DEVELOPMENT dan JAVA IAITU PROGRAMMING..otak kita orng mmg parah la..dgn fikir kan labwork yg berlamba-lamba..dn bnyak la semua yg perlu di fikir kan...tapi nk mcm mna..da mnjadi tanggungjawb kita orng sbgai student POLI NILAI yg tercinta...


p/s: blogspot diploma.e-commerce nie baru nak dibagunkan..so nie ja la entry kali ini....DARI KAMI DIPLOMA E-COMMERCE