Saturday 19 November 2011

TIPS RINGKAS SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR


1) Buat ulangkaji setiap hari (sekarang minggu ulangkaji) lebih-lebih lagi untuk subjek teori. Subjek pengiraan pun kena buat latihan setiap hari. Jangan tunggu 'last minute' baru nak baca itu nak baca ini. Pada masa tersebut, anda hanya akan berasa 'Ya Allah, banyak lagi aku tak cover!!!' Semua ini hanya akan menyebabkan 'jiwa anda kacau bilau'.

2) Susun jadual ulangkaji dengan baik. Mula buat ulangkaji dengan 'paper' yang paling akhir dan diikuti dengan 'paper' yang paling awal. Jadi lagi 3-4 hari nak 'exam', anda sudah mula mengadap 'paper' pertama dan pada masa yang sama subjek-subjek lain, anda dah mula buat 'revision'. Lepas 'paper' pertama, tinggal nak 'recall paper' yang seterusnya pula.

3) Tidur awal tetapi dengan niat akan bangun pada waktu sepertiga malam untuk ulangkaji. Kemudian sebelum memulakan sesi ulangkaji, solat Tahajud 2 rakaat dahulu diikuti dengan solat Hajat memohon kepada Allah agar dilapangkan dada supaya bisa menerima ilmu yang dipelajari dan diberi kefahaman yang baik. kalau tak biasa memang susah, tapi kalau boleh atasi rasa malas dan susah tersebut, itu juga satu kejayaan kepada anda dalam perjuanagn melawan nafsu. Amalan yang susah tetapi baik untuk kehidupan kita jika dilakukan setiap hari insyaAllah ada keberkatannya. Belajarlah sehingga waktu Subuh dan tunaikanlah solat Subuh. Ingat! Tak guna anda berjaga sampai lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya tertidur dan terlepas Subuh.

4) Tinggalkanlah aktiviti gosip, sembang-menyembang, menonton movie, window shopping, tidur yang keterlaluan, sering ke kantin dan apa sahaja aktiviti yang dianggap membuang masa kerana  masa anda pada saat-saat akhir ini sangatlah terhad. Berdampinglah dengan buku ke mana sahaja anda pergi. Hormatilah rakan yang hendak 'study' jika anda sudah bosan 'study'.

5) Tips yang ini paling penting. Jaga KESIHATAN diri sendiri. Jangan 'study' sampai lupa nak makan. Lepas tu kena gastrik, warden juga yang susah (bagi mereka yang tinggal di asrama la...heheheh). Kalau diri tidak sihat tatkala tiba hari peperiksaan, sayang seribu kali sayang, fokus anda pasti hilang semasa sedang menjawab peperiksaan. Maka tiada nikmat yang lebih baik yang harus kita syukuri selain daripada nikmat KESIHATAN. Jadi jangan cari penyakit!!!

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua dan semoga beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)


Awas! Meniru dianggap satu kesalahan yang sangat besar dan tidak boleh dimaafkan. Lakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan. Percayalah kepada kemampuan diri sendiri!!!


p/s: kadang - kadang terpikir juga, macam mana boleh juga bawa "toyol"  walaupun FINAL EXAM!. Perh!! berapa hebat kemahiran yang kau ada. Ini kalau baru peperiksaan pun kau tak boleh hadapi, macam mana nak hadapi kehidupan  yang lagi mencabar?, PIKIR-PIKIRLAH!!.  Result bukan yang menentukan segalanya, yang penting usaha kita! . (sekadar untuk renungan bersama)...
SORY LAMBAT BAGI TIPS....HEHEHEH

Sunday 6 November 2011

Aidiladha satu kekurangan seribu kelebihan....


Assalamualaikum semua...hehe da lama x update blog ini....maklum la sibuk dengan final projek yang bnyak....dengan itu pada hari yg mulia ini saya berskesempatan untuk mengupdatekan blog ini..entry untuk kali ini ialah hari raya haji atau aidiladha.....
Definisi
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Satu kekurangan seribu kelebihan...
Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.
Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?
Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.
Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.
KEKURANGAN YANG SATU
Kekurangannya hanya pada yang satu.
Anak-anak tidak pulang ke desa.
Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.
Namun…
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.
Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.
Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.
Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.
Maafkan kami wahai ayah dan bonda.
Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

p/s: kepada yg tidak pulang untuk beraya bersama keluarga jgn sedih2...sesungguh nya itu ada la satu pengorbanan...heheh senyum selalu sesungguhnya senyum itu satu sedekah..(^_^)....